MARCH 04, 2013
— Setelah penyelesaian tuntutan Fipilina ke
atas Sabah, kerajaan Malaysia menampakkan
keyakinan penuh tidak akan timbul kebangkitan untuk
mengambil semula Sabah dengan tindakan
bersenjata. Ancaman yang bersifat pencolekan dan
pencerobohan dari Filipina yang berlaku dari semasa
ke semasa lebih diketahui sebagai tindakan lanun
yang tiada jelas hubungannya dengan politik.
Bagaimanapun, pencerobohan Tentera Diraja
Kesultanan Sulu di Lahad Datu yang setakat ini
mengorbankan tujuh anggota keselamatan Malaysia
(dua komando dan lima anggota polis) oleh penembak
tepat (sharpshooter) atas alasan mahu Sabah
dikembalikan kepada mereka, mencetuskan beberapa
persoalan tentang kedudukan keselamatan negara
sekarang dan juga taraf keupayaan pengawal negara;
polis dan tentera, terutama bahagian Perisikan Tentera
dan Unit Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia.
Anggapan bahawa pencerobohan itu datang hanya
dari tentera asing tanpa kerjasama rakyat tempatan
atau pemastautin tetap dari Selatan Filipina tidaklah
bagitu tepat oleh kerana menurut laporan akhbar,
tentera Kesultanan Sulu itu telah berada di beberapa
kawasan di Sabah sejak empat bulan lalu. Tentunya
mereka telah mengatur perancangan serangan yang
berstrategik dan taktik yang rapi.
Bahawa tentera kesultanan ini dapat bertahan dan
dapat melepaskan tembakan tepat ke sasaran,
membuktikan bahawa mereka cukup terlatih dan
mempunyai alat pemantauan keselamatan yang
cukup canggih.
Bahawa Pasukan Keselamatan menaburkan risalah
menerusi helicopter supaya mereka menyerah diri
menampakan betapa kita masih menggunakan
strategi zaman penjajah yang sudah outdated.
Peristiwa ini juga membuka mata kita terhadap
kemungkinan besar akan boleh berlaku gerakan gerila
bandar (urban guerilla) menggantikan perjuangan
pengganas komunis di hutan rimba dengan adanya
pelbagai anasir di dalam kemasukan jutaan pendatang
asing yang dimudahkan oleh perasuah di pintu masuk
negara kita. Tentunya di antara mereka terdapat
perisek, pengintip dan sebagainya selain dari
penjenayah yang lebih mudah untuk ditangani.
Keadaan sekarang adalah berbeza dengan sebelum
berlaku konfrantasi Indonesia di tahun enam puluhan
di mana ketika itu jumlah rakyat asing yang berada di
negara ini terutama dari Indonesia dan Filipina adalah
kecil .Pergerakan mereka lebih mudah lagi dengan
adanya pemimpin-pemimpin politik Malaysia yang
menjadi alat kuasa asing.
Peristiwa Lahad Datu tentunya telah menggemparkan
dunia, kerana Malaysia dan Singapura di ketahui di
Asia sebagai dua buah negara yang mempunyai taraf
keselamatan yang tinggi. Seperti terkejutnya kita
dengan peristiwa pengembomam di London pada 7
June 2005, maka demikianlah dunia gempar dengan
letupan pencerobohan berdarah di Lahad Datuk Sabah.
Malaysia diketahui mempunyai kecekapan dalam
memantau gerakan militan Islam seperti gerakan
Jemaah Islamiah Nusantara yang hendak menegakkan
Darul Islam di Nusantara, tetapi tentunya tidak terfikir
bahawa Tentera Kesultanan Sulu boleh mendatangkan
bahaya lebih besar kepada negara.
Satu demi satu wira kita telah gugur dengan tembakan
tepat dan tentunya mereka ini telah melalui taraf
latihan yang kental dan bukan sebarangan dan tidak
boleh ditolak kaitannya dengan Gerakan Jemaah
Islamiah Nusantara sekalipun kemungkinannya adalah
tipis.
Dan jika benar ada rakyat negara ini yang terlibat
dalam membantu penyusupan, perancangan dan
serangan dalaman maka mereka mestilah
menghadapi balasan dan hukuman yang setimpal
dengan dosa mereka sebagai pembelot dan
penderhaka negara.
Apakah persitwa ini juga merupakan akibat dari
penghapusan ISA yang walaupun pihak perisek telah
mengetahui kegiatan anasir musuh dari dalam lebih
awal, tetapi tidak dapat bertindak tanpa bukti untuk
dihadapkan ke mahkamah. — zamkata.blogspot.com
Diulas oleh: ZAINUDDIN MAIDIN
Dipetik dari: The Malaysian insider
Salam penulis
ANCA | ancablogspot-anca.blogspot.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar