Selasa, 05 Maret 2013

SERANGAN UDARA DILANCARKAN SELEPAS ITU PERTEMPURAN PENUH BERMULA

Gambar F 18 hornet


ancablogspot(5.3.13)
10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang
penduduk kampung berkata, satu halangan telah
diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki
bandar itu.
9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau.
Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda
16 dekat bandar Cenderawasih.
9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai
raya Tanjung Labian meminta makanan apabila
mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin.
Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu
selepas mendengar terdapat laporan mengenai
penceroboh bersenjata.
8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan
itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan
dipercayai terlibat dalam tembak-menembak
dengan lelaki bersenjata.
7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan
berterusan didengari dan wartawan di resort
Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.
7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung
Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
Hawk
LAHAD DATU: Serangan pada waktu subuh
dilakukan bagi mengusir baki kumpulan bersenjata
Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak pada Selasa, dalam satu kenyataan ringkas.
Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang
rendah melalui kumpulan bersenjata yang
mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.
Letupan berterusan didengari apabila polis dan
tentera mengambil langkah menentang lelaki
bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan
kembali.
Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7
kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17
begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung
berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.
KUALA LUMPUR: Sejurus selepas pengumuman
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal
jam 7 pagi tadi, pihak tentera melancarkan serangan
ke kawasan penceroboh dalam Kampung Tanduo,
Felda Sahabat, di Lahad Datu.
Menurut laporan The Star Online, pertempuran
bermula antara penceroboh bersenjatan dan
pasukan keselamatan sejak awal pagi tadi.
Bunyi tembakan dan jet pejuang dilihat berkeliaran
sekitar kawasan Felda Sahabat. Empat letupan juga
kedengaran di Kampug Tanduo, lapor akhbar harian
tersebut.
Kumpulan 200 orang bersenjatan tersebut yang
mendakwa diri sebagai Tentera Diraja Kesultanan
Sulu telah mendapat pada 9 Februari untuk
menunaikan hajat tuntutan sultan mereka keatas
negeri Borneo tersebut.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli
Mohd Zin semalam berkata tujuh lagi batalion askar
telah dihantar ke Sabah sejak Sabtu lalu, dengan
lima di Lahad Datu dan setiap satu lagi di Sandakan
dan Tawau.
Zulkifli berkata walaupun pengganas Filipina
tersebut hanya kelihataan di Kampung Tanduo,
Lahad Datu serta juga di Kampung Lormalong dan
Kampung Dasar Lama sekitar Kunak, pasukan
keselamatan dihantar ke Sandakan dan Tawau
untuk menjaga keselamatan penduduk dikawasan
tersebut.
"Kita bekerjasama dengan polis dan pasukan
keselamatan mereka untuk menjaga negara kita,"
kata beliau.
Trak tentera yang berderet membawa anggota
tentera kelihatan menuju ke Kampung Tanduo di
Felda Sahabat, yang dikatakan dua kali saiz negara
Singapura dengan 57 perladangan.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk
Mohamed Thajudeen Abdul Wahab pula
memberitahu New Straits Times peningkatan
anggota daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia, polis marin, tentera lalu dan tentera udara
yang mengawal dan menjalankan pemantauan
sejak dua hari lalu.
Tempur Di Kampung Tanduo Dilancarkan
Sepenuhnya
KG TANDUO: Pertempuran darat dipercayai berlaku
di kampung Tanduo.
Tembakan meriam dihentikan dan jet pejuang
dipercayai telah melakukan tugas mereka.
Tiada letupan didengari lagi.
Jets tidak dilihat terbang melalui kampung itu yang
berlakunya serangan tembakan pada sejak pukul 7
pagi.
Butiran bilangan mangsa di kalangan anggota
kumpulan bersenjata Sulu, yang diketuai oleh Raja
Muda Azzimudie Kiram, dan pasukan keselamatan
tidak diketahui.
Bagaimanapun, ambulans dari Tawau dan Lahad
Datu telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia
dilihat menuju keluar.
Sebuah helikopter Nuri turut dilihat membawa
tentera dari Cenderawasih kepada barisan hadapan
di kampung Tanduo.
Persisiran kampung Tanduo tenang apabila pihak
berkuasa maritim dan tentera laut berada di situ
melakukan pemantauan terhadap kemungkinan
serangan balas dari kumpulan bersenjata di selatan
Filipina yang mengancam untuk melakukan
serangan di bandar pantai timur Sabah sekiranya
kampung Tanduo diserang.
Walaupun terdapat laporan penceroboh dilihat
muncul dari Kinabatangan dan kawasan-kawasan
lain, polis mengisytiharkan keadaan di seluruh
Sabah kini terkawal.

Dari berbagai sumber

Salam penulis
ANCA | ancablogspot-anca.blogspot.com



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

La Pattawe Matinroe ri Bettung Raja Bone ke-9 Tahun 1565-1602

La Pattawe Matinroe ri Bettung Raja Bone ke-9 Tahun 1565-1602 La Pattawe Daeng Soreang Matinroe ri Bettung (Bulukumba) adalah raja Bone ke-9...