Sabtu, 02 Maret 2013

KISAH TENTERA AMERIKA KINI JADI IMAM

Gambar Khallid


ancablogspot (2.3.13)

Postur badan yang tinggi, besar dan berkulit hitam
mungkin pemandangan umum di angkatan darat AS.
Namun, ada satu hal yang membuatnya cukup ketara
iaitu bulan sabit bersulam hitam pada di topi rasminya.
Ya, itulah penampilan seharian Mayor Khallid Shabazz
ketika berseragam rasmi.
Dengan lambang itu, Khallid dikenali sebagai seorang
Imam yang mewakili perwakilan Muslim dalam tentera
AS. Dengan kedudukannya itu, Khallid selalu mendapat
perhatian lantaran polisi AS melawan kelompok Muslim
selama satu dekad.
"Saya bukan seorang imam, tapi saya seorang
Muslim," katanya seperti dilaporkan agusta.com, Isnin
(6/2).
Ketika ini, AS menempatkan sejumlah imam dalam
beberapa lokasi strategik. Khallid sendiri ditempatkan
di Jerman. Di sana dia bertugas membimbing tentera
AS yang Muslim. Namun, dalam tugasnya dia juga
memberikan arahan kepada tentera AS beragama
Kristian.
Sebelum memeluk Islam, Khallid yang dahulu bernama
Michael Barnes merupakan individu yang dibesarkan
dalam keluarga Kristian yang taat. Semasa remaja,
Khallid banyak melalui perkara pahit yang paling teruk
ketika dia dipukul dan ditembak oleh kumpulan yang
tidak dikenali.
Selanjutnya, kehidupan Khallid berubah drastik setelah
dia diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan. Baginya,
kewajipan itu menjanjikan harapan baru berupa
kehidupan yang lebih baik. Memang benar, kehidupan
tentera sangat sesuai untuk Khallid. Tapi
kedudukannya sebagai tentera barisan hadapan
membuatnya sengsara.
Suatu ketika, dia mendapati sebuah perbincangan
agama dengan seorang Muslim. Dari perbincangan itu,
ada perubahan perspektif dalam dirinya tentang
agama. Dia pun memutuskan memeluk Islam.
Keputusannya itu mendapat cemuhan dari pihak
atasannya. "Mengapa anda melakukan sesuatu yang
bodoh," kata dia.
Melihat komen itu, Khallid terpukul. Namun, seorang
pendeta Katolik menyarankannya untuk menjadi
ulama tentera. "Sepertinya itu adalah wahyu. Saya
merasa ada hal yang harus dikerjakan," tenang Khallid.
Dia memulakan niat itu dengan menukar namanya
menjadi Khallid Shabbaz. Dia pelajari bahasa Arab dan
Islam di Jordan.
Tugas besarnya pun bermula pada 2004. Ketika itu, dia
ditugaskan untuk menjadi ulama bagi tahanan
pengganas di penjara Guantanamo, Cuba. Dia
menggantikan ulama bernama Yusuf Lee yang ditahan
atas tuduhan hasutan. "Ketika itu, saya tidak punya
waktu untuk takut," katanya.
Khallid mula merasa seperti orang buangan di
Guantanamo. Sebagai seorang imam tanpa janggut,
berikut dengan seragam tentera Amerika. Para
tahanan umumnya tidak percaya padanya. Para
penjaga di Guantanamo pun tidak terlalu tertarik pada
seorang lelaki yang melayani musuh Amerika. "Inilah
bahagian yang sukar dari hidup saya. Padahal aku
tidak memihak sesiapa," kata dia.
Khallid akhirnya menarik perhatian saudara-
saudaranya melalui keperibadian dan kemampuannya
dalam bermain bola keranjang. Dia berjaya
menjalankan misinya sebagai duta bagi tentera, AS
dan Islam. "Ketika mereka berinteraksi dengan saya,
saya mempunyai bola untuk dimainkan dengan orang-
orang ini," katanya dia.

Sumber: agusta.com

Salam penulis

ANCA | ancablogspot-anca.blogspot.com


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

La Pattawe Matinroe ri Bettung Raja Bone ke-9 Tahun 1565-1602

La Pattawe Matinroe ri Bettung Raja Bone ke-9 Tahun 1565-1602 La Pattawe Daeng Soreang Matinroe ri Bettung (Bulukumba) adalah raja Bone ke-9...